Thursday, December 11, 2008

kayuhan area Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Minta maaf lama tak update blog..sebab dok sibuk kayuh2 dengan rakan2 so lupa and takde masa nak update blog..lagi pun takde story yang meranik nak cerita...gambar lagi lah.dah Kayuh tak dan nak bawa camera...
Baru2 nie saya bersama abg Bobo dari Bemban - Melaka - Bemban.pada 28 November malam dalam jam 9 malam dari Bemban melalui jalan Gapam terus ke MitC.kemudian terus melalui jalan highway ke Cheng melalui Batu Berendam,Krubong,Stadium Hang Jebat dan turun di flyover Cheng terus ke Bukit Rambai dan singgah disana untuk berehat kemudian kami berdua teruskan perjalanan kami ke Klebang dan terus ke Melaka Raya melewati jalan Tengkera dan singgah di atas Jambatan Melaka Raya sambil menikmati keindahan Ice Of Malaysia dan permandangan yang dapat dilihat dari atas jambatan tersebut.Sesudah penat lelah hilang kami teruskan perjalanan mencari kedai minum dan santapan dalam jam 12TengahMalam.tapi dipikir2kan semula memang tak kayuh pulang lah ke Bemban semula.hehehe..kami teruskan lagi perjalanan kami melalui Semabok - Bukit Katil - Ozana dan masuk ke Jalan Gapam dan pulang ke Kedai Pisang di car wash bemban.dengan santapan kami berdua disana dan di order Air Belimbing.Sambil santap dan melihat meter distance basikal lebih kurang 60KM plus minus kayuhan kami pada malam tersebut
Kepenatan kami hilang dan santapan pagi tu plak kena Kuew Tiau Tom Yam..huhuhu...

Pada 4hb Disember kami sekali lagi ke Melaka Raya berkayuh pada malam hari bermulanya jam 9malam dari rumah saya terus ke Melaka Raya.kali ini lebih menyeronokkan dengan Kayuhan kami seramai 5anggota iaitu Saya@komeng,samrat@bobo,Abg Jiji,Abg Cain@gemuk, dan anggota baru kami Syawal@Bang Cawal...Kayuhan kami terus melalui Jalan Gapam - MitC - Highway Batu Berendam - AirPort Batu Berendam dan singgah di Petronas Batu Berendam kerana Hujan turun dengan tiba2 di sana.dalam Jam 10 malam.kami berehat dalam masa 1jam dan cuaca hujan masih tidak berhenti dengan di ikuti dengan marshall Bang Zaini,kami teruskan juga kayuhan kami ke Melaka Raya melewati Jalan Melaka Baru - Jalan Hospital Besar Melaka - Jalan Mata Kucing dan terus ke Jalan Banggunan Merah - dan berehat di Bawah Menara Taming Sari di Melaka Raya dan hujan masih lagi dalam keadaan renyai2.kami berehat dan ramai rakan2 kami datang yang mana mereka dengar kami berkayuh dari Bemban mereka terus datang dan melihat kami dalam keadaan penat lelah masing2..huhuhu..kemudian kami terus berkayuh ke Pulau Melaka,Melaka Raya dan singgah minum dan santapan awal pagi di belakang kolam mancing Melaka Raya dalam jam 1pagi.Kami berehat dalam keadaan hujan yang lebat turun.Apabila Hujan kian reda kami teruskan perjalanan kami pulang ke Bemban semula melawati jalan yang sama ke Bemban...
terus berkayuh ke 7Eleven dengan mencari air tenaga.hehehe

Seronok kayuhan kami dalam semua aktiviti kami..
INSYALLAH ADA CERITA TENTANG KAMI,saya AKAN CERITAKAN LAGI..
sekian...
73

Komeng

No comments: