Saturday, November 22, 2008

Bemban Cycling

Assalamualaikum Salam Sejahtera...........!!!

Disini ada sedikit mencerita kisah rakan2 cycling dari bemban.Kami baru sahaja berkecimpung dalam era kayuh-mengayuh ini.Actually bermulanya hobi ini apabila ternampak beberapa rakan2 di sebelah Jasin iaitu kedengaran dari rakan2 Air Baruk,Jasin dan juga hobi perkayuhan basikal ini makin meluas sejak seruan dari kerajaan atas penjimatan Pertol yang kian berkurangan di tanah air kita.
Bermulanya kami di Bemban ini dengan beberapa rakan yang memiliki basikal Mbike ini dan perkayuhan pertama kami di kawasan Bemban dengan adanya cabaran tertentu.Kami ni masih dalam tahap beginner dimana masih dalam kontrol pernafasan dan mencari stamina untuk kekuatan perkayuhan kami dalam jarak yang jauh.Hobi perkayuhan basikal ini memang menyeronokkan dimana hobi ini kian meluas di serata pelusuk kawasan tidak kira sama ada dalam bandar malah juga diluar bandar pun ada rakan2 yang berkecimpung dalam hobi basikal ini.

Amat menyeronokkan....
Menjamin kesihatan...
Menguji Minda seseorang...
Malah kemampuan seseorang dalam perkayuhan ini....
Dapat menikmati keindahan alam semula jadi di Dunia kita ini.
Dan yang paling seronok kata rakan2 ini dapat ukur jalan..hahahahaha

Sedikit Gambar Rakan2 Basikal Bemban
Sedang menurunkan Basikal dari kenderaan Mashall

Abg Jiji dengan Basikal Saya...

Abg Ene (nama sebenar Zaini)





Ah Pasang roda tu jangan tak pasang.....





Dari Atas Jambatan Muar....









Penat2 pun sempat bergambar.....
Gambar Kenangan Basikal aku dengan papan tanda...
Di hujung tanjung emas..penat wooo kayuh..

tu dia tunjuk nak makan Mee bandung kat sana tu ah.....
ini lah mashall kami Abg ene...dengan Radio dia...

Ini Basikal Abg Jijie....
Jumpa plak rakan Muar rakan Hobi Radio Amatur

Ni Rakan Muar...Zack...
penat dalam perjalanan pulang ke Sungai Rambai semula selepas penat pulang dari Bandar Maharani Muar,Johor.

Dalam perjalan pulang ke Sungai Rambai semula...suasana berhadapan dengan Sekolah Sains Muar.Akhirnya tamat dengan ada rakan dari Melaka datang untuk menjenguk kami sesudah tamat berkayuh.
Perjalanan kami seterusnya terus ke Merlimau untuk santapan minum sebelum pulang ke Bemban.Kami sampai dengan selamatnya di Bemban dalam jam 4 pagi..terus tido jer masing2...takde kata ape lagi dah.
Sekian dari Kami mengenai aktiviti kami berbasikal.
Majulah sukan untuk kesihatan badan...dan mulakan penjimatan Petrol
Kayuh...Kayuh...Kayuh....

regards(73)
"Komeng"